Assalammualaikum..
Lately cuaca di Pulau Pinang amatlah teruk. Jerebu yang punyalah teruk. Sampai nak buka mata pun rasa pedih. Bertambah teruk bila tengah puasa ni tekak rasa haus kering kontang..
Dan yang paling merisaukan bila hidung mula menjadi sempit akibat pengumpulan segala habuk tok nenek semua tersumbat kat hidung..
Nak korek lombong kang batal lak puasa. damn..-..-
Teruk babe. Guwa nak kluaq bank-in duet pon naik gerun.. Terpaksa la puasa dari shopping.. shopping apa? shopping on9. heh heh. nak shopping kat mall xdak orang nak teman terpaksa shopping melalui internet ja. sedeh.
Ni buat guwa marah ni. bukan guwa ja marah, abah guwa, mak guwa, adek, kakak, makcik, pakcik, jiran sebelah,jiran negeri sebelah, jiran negara sebelah terkecuali la kot...haa sebab itu orang la guwa marah!
ngapa an lo buat jadi nya gini. waduh3... bikin panas saja sihh~
Kali ni i guess bukan guess mmg i guaranty negara sebelah lah penyebab guwa marah hari ni, esok dan juga lusa! titik. (sebab jerebu ni mmg ambik masa untuk reda)
Disebabkan kerakusan sesetengah pihak komtar telah hilang dari pandangan mata warga Pulau Pinang yang prihatin lagi penyayang...macam guwa. huh
Pembakaran yang berlaku di Sumatera telah merebak ke Semenanjung Malaysia.. Bukan merebak api, tapi merebak asap dan zarah-zarah penyebab jerebu yang kronik!
Ini tidak adil, tidak adil bagi ku~ sambil nyanyi lagu yuna...
Memang xbanyak yang kita boleh lakukan untuk mendesak kerajaan Indonesia untuk berhenti mengamalkan pembakaran terbuka ni.. nak protes boleh ye tapi pastikan mengikut tatatertib dan melalui saluran yang betul. terima kasih.
Jerebu yang melanda negara tidak patut dipandang remeh kerana jerebu boleh menjadi penyebab penyakit2 kronik yang merbahaya seperti astma dan radang paru-paru. (radang paru-paru? sila tya cik google untuk maklumat lanjut)
Disebabkan beberapa orang yang gatal tangan xreti dok diam habeh seluruh rakyat termasuk rakyat negara jiran menerima padah. Haa kita la tu! Jadi perbuatan orang-orang yang tidak bertimbang rasa ini haruslah dikutuk sekeras-kerasnya.
Kerana mereka, kucing guwa pon dah terlantar siang dan malam. Mungkin betol-betol sakit boleh jadi jugak sakit malas. Ahh.. guwa xkisah. Yang penting kutuk mengutuk kasi sama aku.
Kutuk benda baik xpa ye. gossip No! No! ok. her her her
Yang paling paling penting kita kena ambil langkah keselamatan apabila berhadapan dengan jerebu!
1) Pakai topeng muka atau mask bila keluar dari rumah. (topeng muka? topeng hidung? topeng mulut? topeng apa-apa-la-labuu)
2) Minum air masak banyak2. Aip puasa lah!
3) Lebih baik kalau xkeluar rumah terus. Duduk rumah dan tutup semua pintu dan tingkap.
...
Adakah jerebu juga boleh dikategorikan bala yang di turunkan Allah SWT?
Mungkin.