Assalammualaikum

I am an environmentalist. Graduated from USM, currently a student of UM and a big fan of CATS.

Wednesday, July 24, 2013

Marah! Marah!

Assalammualaikum..


Lately cuaca di Pulau Pinang amatlah teruk. Jerebu yang punyalah teruk. Sampai nak buka mata pun rasa pedih. Bertambah teruk bila tengah puasa ni tekak rasa haus kering kontang..


Dan yang paling merisaukan bila hidung mula menjadi sempit akibat pengumpulan segala habuk tok nenek semua tersumbat kat hidung..


Nak korek lombong kang batal lak puasa. damn..-..-


Teruk babe. Guwa nak kluaq bank-in duet pon naik gerun.. Terpaksa la puasa dari shopping.. shopping apa? shopping on9. heh heh. nak shopping kat mall xdak orang nak teman terpaksa shopping melalui internet ja. sedeh.


Ni buat guwa marah ni. bukan guwa ja marah, abah guwa, mak guwa, adek, kakak, makcik, pakcik, jiran sebelah,jiran negeri sebelah, jiran negara sebelah terkecuali la kot...haa sebab itu orang la guwa marah!

ngapa an lo buat jadi nya gini. waduh3... bikin panas saja sihh~


Kali ni i guess bukan guess mmg i guaranty negara sebelah lah penyebab guwa marah hari ni, esok dan juga lusa! titik. (sebab jerebu ni mmg ambik masa untuk reda)




Disebabkan kerakusan sesetengah pihak komtar telah hilang dari pandangan mata warga Pulau Pinang yang prihatin lagi penyayang...macam guwa. huh


Pembakaran yang berlaku di Sumatera telah merebak ke Semenanjung Malaysia.. Bukan merebak api, tapi merebak asap dan zarah-zarah penyebab jerebu yang kronik!


Ini tidak adil, tidak adil bagi ku~ sambil nyanyi lagu yuna...



Memang xbanyak yang kita boleh lakukan untuk mendesak kerajaan Indonesia untuk berhenti mengamalkan pembakaran terbuka ni.. nak protes boleh ye tapi pastikan mengikut tatatertib dan melalui saluran yang betul. terima kasih.


Jerebu yang melanda negara tidak patut dipandang remeh kerana jerebu boleh menjadi penyebab penyakit2 kronik yang merbahaya seperti astma dan radang paru-paru. (radang paru-paru? sila tya cik google untuk maklumat lanjut)


Disebabkan beberapa orang yang gatal tangan xreti dok diam habeh seluruh rakyat termasuk rakyat negara jiran menerima padah. Haa kita la tu! Jadi perbuatan orang-orang yang tidak bertimbang rasa ini haruslah dikutuk sekeras-kerasnya.


Kerana mereka, kucing guwa pon dah terlantar siang dan malam. Mungkin betol-betol sakit boleh jadi jugak sakit malas. Ahh.. guwa xkisah. Yang penting kutuk mengutuk kasi sama aku.


Kutuk benda baik xpa ye. gossip No! No! ok. her her her



Yang paling paling penting kita kena ambil langkah keselamatan apabila berhadapan dengan jerebu!


1) Pakai topeng muka atau mask bila keluar dari rumah. (topeng muka? topeng hidung? topeng mulut? topeng apa-apa-la-labuu)


2) Minum air masak banyak2. Aip puasa lah! 



3) Lebih baik kalau xkeluar rumah terus. Duduk rumah dan tutup semua pintu dan tingkap. 


...

Adakah jerebu juga boleh dikategorikan bala yang di turunkan Allah SWT?

Mungkin.

Friday, July 19, 2013

Remaja diculik dan dibogelkan kerana menghina agama Islam?

Assalammualaikum.

Salam Ramadhan.


Aku tak pasti bila kes ni terjadi. Ng Mun Tat seorang remaja cina telah diculik oleh 8 orang  lelaki di hadapan restoran dekat Taman Sri Muda, Shah Alam ketika tgh makan dgn awek dia pukul 3pagi. Mangsa yang berumur 21 tahun ni bekerja sbgai penjaga cyber cafe. Mangsa diculik tapi aweknya dilepaskan.


Yang peliknya segala harta benda termasuk dompet, rantai emas dan telefon bimbit dia semua diserahkan kepada awek dia. Aik, selalunya orang diculik sebab si penculik nak duit kan? Tapi ni kes lain.
Lelaki cina ni kemudian di bawa ke sebuah estet sebelom pakaian nya di lucutkan.
Ter***jang bulat dia. Haa censored takut terbatal puasa den.

Penculik kemudian tontiang2 badan dia tulis :


Haa.. betul ka dia hina agama Islam? hm..

Ng cerita dekat polis si penculik selepas bawak dia ke estet and tontiang2 badan dia di suruh pulak dia hidu gam.  hidu gam sampai laloq. aduhai~
Dengan penculik sekali laloq malam tu. Bila dah pagi baru Ng ni berjaya melarikan diri bila penculik2 tersebut masih dok laloq. 



Persoalan nya betol ka dia hina agama Islam? dan apa motif dia diculik?

Ng akhirnya mengaku yang dia sebenarnya pernah melemparkan bangkai babi depan rumah dan surau orang Islam suatu hari dulu.
Dia jugak mengaku pernah : "MENGHINA ORANG MELAYU DAN ISLAM DI LAMAN SOSIAL SEPERTI FACEBOOK DAN TWITTER"


Kalau dah mengaku sendiri tu betol la kiranya.

Mungkin sebab tulah dia diculik~

...


Personally aku rasa perbuatan mamat cina ni memang la xbetol. Menghina agama orang lain tu memang tak patut di lakukan. Tak baik taw!

Yes, i know it's really hurt when our religious is insult in that way. Tapi kita kena tahu yang Nabi Muhammad saw tak pernah ajar kita jadi samseng camgini.  Ingat kisah Rasulullah yang selalu dihina diherdik dibaling batu oleh penduduk Taif ketika baginda berdakwah. Masyaallah hebatnya peribadi baginda, bila ditanya malaikat pada baginda untuk menghapuskan penduduk Taif ni baginda kata jangan malah baginda berdoa  agar generasi Taif seterusnya akan berimah kepada Allah SWT dan Rasulnya.

Lagi satu kisah disampaikan Imam muda Asyraf dekat tv aku ingat lagi diceritakan Rasulullah saw di datangi beberapa org kafir ke rumah baginda mengaku org mukmin dengan niat untuk kenakan baginda. Walaupon baginda tahu niat mereka baginda tetap mempersilakan mereka bermalam di rumah baginda. Keesokannya baginda bangun untuk solat subuh tapi baginda xkejut kafir2 tersebut sebab baginda tahu mereka bukan mukmin,x solat. bila dah matahari terbit baru Rasulullah kejut. Kemudian apa yang diowang buat ? diowang p berak pulak kat tempat baginda berehat dan solat. Astagfirullahalazim.. buruk perangai betol?

Tapi baginda seket pon xmarah, siap cuci taik mereka. Tersentuh dengan peribadi baginda kafir-kafir tersebut terus memeluk agama Islam. 


Nak diceritakan peribadi baginda Rasulullah saw yang sangat hebat. 


Memang zaman sekarang ni sesetengah orang kata cara nak ajar mereka2 yang hina agama kita kasi belasah ja. Tapi yang xbestnya cara ni how people look at us. Their impression about Islam, about us. Nabi kita ajar kita berlembut bukan berkeras. Jadi jalan terbaik selain berdoa kepada Allah orang2 ini mendapat hidayah kita serahkan kes ni kepada penguat kuasa untuk di ambil tindakan. 


Penguat kuasa pulak silalah ambil tindakan. Dah lama rasanya kes buang bangkai vavi ni kenapa kome tak ambil tindakan? nak tunggu nyawa melayang baru nak celik ka? her her her


Yang paling penting hiduplah secara harmoni di muka bumi ni. Jangan lah kita saling menghina. No more being racist kind of thing. Kamu dengan agama kamu dan aku dengan agama aku. Lets respect each other. Jadikan kisah Ng ni sebagai iktibar. Ambillah peribadi Rasulullah sebagai pedoman. Jangan pulak kita p balas dendam. Jaga akhlak masing-masing okeh!



Thursday, July 18, 2013

Ramadhan al-Mubarak

Hye and Assalammualaikum :)

Salam Ramadhan Al-Mubarak~

Pejam celik pejam celik tup tup dah masuk hari ke-9 kita berpuasa..
Cepat betul masa berlalu kan?
tup tap tup tap haa dah raya.. tu y xsabaq tu kan?
Sabaq..sabaq...
Enjoy Ramadhan first. berpuasa tu mmg lah letih tapi setiap ibadat dan amalan yang kita buat ganjaran nya berganda2.. no other month only in Ramadhan okehh!

Jadi waktu ni lah kita kena berlumba2 gandakan pahala.
Time ni lah mana yang liat sangat nak bukak Quran baca tu haaa...time ni bukak la sehari satu surah ka xpon baca lah sehelai dua helai muka surat pon jadi..
Mula-mula seket lama2 bacalah berbukit2.. haa
Aku lebih prefer baca Quran selepas magrib..sbb perut dah kenyang banyak seket tenaga den. hee


Lepas baca Quran berlumba-lumbalah pula mengerjakan solat teraweh. 
Sebab solat teraweh hanya ada dalam bulan ramadhan. Only in Ramadhan !
Specialnya Ramadhan kan? Tapi bagi  mak2 yang bawak anak kecil tu pesan la kat anak-anak jangan bising-bising..adek-adek behave okeh?!  Kadang-kadang nak kusyuk tu susah bila dok saf  belakang so datang awai dok saf depan dekat ngan kipas konfem kusyuk.. hee 
Lagi satu..bila kita sembahyang berjemaah ni rapatkan lah saf.. jgn biaq ada  ruang dengan orang sebelah.. bila saf terputus sia2  ja solat.. haih


dan yang  paling bestnya Ramadhan, hari-hari  ada bazaar Ramadhan.
Aku memang  kalau hari biasa suka sangat p pasar malam. sebab semua macam makanan ada dijual.
Lagi-lagi kalau Bazaar Ramadhan. Masyaallah... macam -macam adaaa...

muka excited beli makanan :D  

Family aku jarang masak kat rumah so setiap hari p Bazaar Ramadhan beli ja apa nak makan..
Tapi biasalah manusia selalu tewas dgn nafsu.. Bila perut lapar biasalah nampak semua makanan tu sedap
and rasa  perut ni mampu makan semua  padahal bila dah berbuka mkn ciput dah kenyang
Siapa nak habiskan makanan yang  bertimbun tu kalo bukan masuk tong sampah..
Jangan !  jangan membazir..beli ala kadar ja.. Membazir  tu amalan syaitannnn... Nauzubillah....




Tapi se-excited2  ke  Bazaar Ramadhan excited lagi aku tgk runningman..

HAHA.. lagha2.. tapi nak buek camno..dah addicted. her  her  her 
Puasa-puasa jugak..runningman tetop menjadi amalan.  ciss cake betoi..



Sunday, July 14, 2013

Harapan seorang pengganggur ~

Assalammualaikum

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke5 berpuasa.. terasa cepat ja masa berlalu..
Memandangkan aku baru ja tamat pengajian jadi skrg tengah fasa menganggur.
Oh ya.. it means everyday at home goyang kaki tambah lemak!


Nak cari keja mmg pyah. mostly majikan nak pekerja yang dah ada 1/2 tahun berkerja..
alahai apalah nasib fresh graduate cam aku ni.. T.T
Tambah2 lak kengkawan yang lain ada yang dah dapat offer.huntung gilo.. tapi xpa la dah rezeki depa~


So i'm thinking apa yang aku nak buat untuk jana duit time2 cuti cenggini?
walaupon xdapat keja y stabil..y part time pon jadi la..her her her


Since nama pon dalam fasa menganggur..dok rumah mmg dok perabeh tgk cd2 korea adek aku la..
Selain menghabeskan beras mak aku.. hee
Mak den pon hapo lagi naik hangin memanjang ado ja xkeno..
Mak oi, bg la cheq rehatt...
Dia pantang betoi tgk aku rest2 goyang  kaki ni.. haa  dok bising la hantaran kakak aku xsiap2 lagi..
haa..mmg la xsiap sebab aku xbuat apa2 lagi. ngee~


Sebab xtahan mak dok beletiaq gagah jugak aku siapkan 1 gubahan hantaran..
tadaa!



Nampak x mcm mn keja org  malaih.. cam ni la..hee~
Tab tu sebagai hiasan ja ehh..
(background  meja  makan..senonoh sgt iolls)
Jimat seket kalo buat sendiri..lagi senang kalo ada adek y tlg  buatkan. heh  -..-


Since aku tgh menganggur maap la nohh cheq tpaksa minx upah. (mohon kakak gua baca ni.. )

Pendek kata..pendek xpendek la..
Semoga kengkawan yang tgh menganggur jugak cam den ni cepat2 la dapat keja nohh
Sapa2 company pak dia ada  kosong habaq la kat iolls..
Keja tebaq roti canai pon  jadila.. Apapon ku sanggup  T.T


Last sekali cheq nak wish...


Selamat  berpuasa  dan berbelanjalah dalam kuantiti yang sederhana time membeli juadah  berbuka
Another thing..make sure makanan  yang anda  makan itu halal dan dari sumber yang baik
Jangan  tersilap makan plak ehh..




Ini kura-kura aku pya pet bkn makanan..apahal la p masuk dalam pinggan plak si toti ni ?  -..-''


HEE~


bye!