Assalammualaikum

I am an environmentalist. Graduated from USM, currently a student of UM and a big fan of CATS.

Wednesday, February 11, 2015

The best NAAN CHEESE evehhh!!

Bagi penggemar naan cheese macam aku ni ciri-ciri naan cheese yang dicari semestinya yang cheese tebai selambak bila makan rasa roti 50% cheese 50%. Tapi mostly kedai mamak biasa naan cheese depa 70% roti 30% ja cheese. Tak best lah tak syiokk.

Tapi hampa jgn risau aku dah jumpa the best naan cheese evehhh cheese dia segenggam dia buh. harga tak sampei rm10. Seriously sapa yang duk area kolumpuq confirm dah kenai kedai ni and sapa yang duduk luar tapi datang jalan-jalan cari makan dekat sini..please singgah and enjoy the naan :D


nampak tak? ini naan cheese.


jeng jeng jeng~



wait for it.... tengah check how long the cheese is.



Tadaaaa~

Pizza hut pon kalah hg taw dak. hehe

Mahu try kerr? Moh ler singgah ke:


RSMY House of Real Beriani




RSMY House restoran ni ada few branch.

1) Alamat: Jalan Medan Tuanku, Dang Wangi, Kuala Lumpur.

2) Alamat: Danau Kota, Kuala Lumpur. (Belakang Hospital Columbia)

3) Alamat: Masjid India, Kuala Lumpur.

Menu lain tak sure. Sebab duduk2 terus order naan cheese xsempat nak belek2 menu. hehe~

I love you naan cheese RSMY. dah jatuh cinta ngan naan cheese dia. dengan naan cheese ye bukan ngan mamak yang buat naan tu. OH HO~

Since sekarang dah duduk kolumpoq..boleh la p makan naan cheese sedap gilah oink oink ni. eh, jgn risau naan ni HALAL! haha







Wednesday, July 24, 2013

Marah! Marah!

Assalammualaikum..


Lately cuaca di Pulau Pinang amatlah teruk. Jerebu yang punyalah teruk. Sampai nak buka mata pun rasa pedih. Bertambah teruk bila tengah puasa ni tekak rasa haus kering kontang..


Dan yang paling merisaukan bila hidung mula menjadi sempit akibat pengumpulan segala habuk tok nenek semua tersumbat kat hidung..


Nak korek lombong kang batal lak puasa. damn..-..-


Teruk babe. Guwa nak kluaq bank-in duet pon naik gerun.. Terpaksa la puasa dari shopping.. shopping apa? shopping on9. heh heh. nak shopping kat mall xdak orang nak teman terpaksa shopping melalui internet ja. sedeh.


Ni buat guwa marah ni. bukan guwa ja marah, abah guwa, mak guwa, adek, kakak, makcik, pakcik, jiran sebelah,jiran negeri sebelah, jiran negara sebelah terkecuali la kot...haa sebab itu orang la guwa marah!

ngapa an lo buat jadi nya gini. waduh3... bikin panas saja sihh~


Kali ni i guess bukan guess mmg i guaranty negara sebelah lah penyebab guwa marah hari ni, esok dan juga lusa! titik. (sebab jerebu ni mmg ambik masa untuk reda)




Disebabkan kerakusan sesetengah pihak komtar telah hilang dari pandangan mata warga Pulau Pinang yang prihatin lagi penyayang...macam guwa. huh


Pembakaran yang berlaku di Sumatera telah merebak ke Semenanjung Malaysia.. Bukan merebak api, tapi merebak asap dan zarah-zarah penyebab jerebu yang kronik!


Ini tidak adil, tidak adil bagi ku~ sambil nyanyi lagu yuna...



Memang xbanyak yang kita boleh lakukan untuk mendesak kerajaan Indonesia untuk berhenti mengamalkan pembakaran terbuka ni.. nak protes boleh ye tapi pastikan mengikut tatatertib dan melalui saluran yang betul. terima kasih.


Jerebu yang melanda negara tidak patut dipandang remeh kerana jerebu boleh menjadi penyebab penyakit2 kronik yang merbahaya seperti astma dan radang paru-paru. (radang paru-paru? sila tya cik google untuk maklumat lanjut)


Disebabkan beberapa orang yang gatal tangan xreti dok diam habeh seluruh rakyat termasuk rakyat negara jiran menerima padah. Haa kita la tu! Jadi perbuatan orang-orang yang tidak bertimbang rasa ini haruslah dikutuk sekeras-kerasnya.


Kerana mereka, kucing guwa pon dah terlantar siang dan malam. Mungkin betol-betol sakit boleh jadi jugak sakit malas. Ahh.. guwa xkisah. Yang penting kutuk mengutuk kasi sama aku.


Kutuk benda baik xpa ye. gossip No! No! ok. her her her



Yang paling paling penting kita kena ambil langkah keselamatan apabila berhadapan dengan jerebu!


1) Pakai topeng muka atau mask bila keluar dari rumah. (topeng muka? topeng hidung? topeng mulut? topeng apa-apa-la-labuu)


2) Minum air masak banyak2. Aip puasa lah! 



3) Lebih baik kalau xkeluar rumah terus. Duduk rumah dan tutup semua pintu dan tingkap. 


...

Adakah jerebu juga boleh dikategorikan bala yang di turunkan Allah SWT?

Mungkin.

Friday, July 19, 2013

Remaja diculik dan dibogelkan kerana menghina agama Islam?

Assalammualaikum.

Salam Ramadhan.


Aku tak pasti bila kes ni terjadi. Ng Mun Tat seorang remaja cina telah diculik oleh 8 orang  lelaki di hadapan restoran dekat Taman Sri Muda, Shah Alam ketika tgh makan dgn awek dia pukul 3pagi. Mangsa yang berumur 21 tahun ni bekerja sbgai penjaga cyber cafe. Mangsa diculik tapi aweknya dilepaskan.


Yang peliknya segala harta benda termasuk dompet, rantai emas dan telefon bimbit dia semua diserahkan kepada awek dia. Aik, selalunya orang diculik sebab si penculik nak duit kan? Tapi ni kes lain.
Lelaki cina ni kemudian di bawa ke sebuah estet sebelom pakaian nya di lucutkan.
Ter***jang bulat dia. Haa censored takut terbatal puasa den.

Penculik kemudian tontiang2 badan dia tulis :


Haa.. betul ka dia hina agama Islam? hm..

Ng cerita dekat polis si penculik selepas bawak dia ke estet and tontiang2 badan dia di suruh pulak dia hidu gam.  hidu gam sampai laloq. aduhai~
Dengan penculik sekali laloq malam tu. Bila dah pagi baru Ng ni berjaya melarikan diri bila penculik2 tersebut masih dok laloq. 



Persoalan nya betol ka dia hina agama Islam? dan apa motif dia diculik?

Ng akhirnya mengaku yang dia sebenarnya pernah melemparkan bangkai babi depan rumah dan surau orang Islam suatu hari dulu.
Dia jugak mengaku pernah : "MENGHINA ORANG MELAYU DAN ISLAM DI LAMAN SOSIAL SEPERTI FACEBOOK DAN TWITTER"


Kalau dah mengaku sendiri tu betol la kiranya.

Mungkin sebab tulah dia diculik~

...


Personally aku rasa perbuatan mamat cina ni memang la xbetol. Menghina agama orang lain tu memang tak patut di lakukan. Tak baik taw!

Yes, i know it's really hurt when our religious is insult in that way. Tapi kita kena tahu yang Nabi Muhammad saw tak pernah ajar kita jadi samseng camgini.  Ingat kisah Rasulullah yang selalu dihina diherdik dibaling batu oleh penduduk Taif ketika baginda berdakwah. Masyaallah hebatnya peribadi baginda, bila ditanya malaikat pada baginda untuk menghapuskan penduduk Taif ni baginda kata jangan malah baginda berdoa  agar generasi Taif seterusnya akan berimah kepada Allah SWT dan Rasulnya.

Lagi satu kisah disampaikan Imam muda Asyraf dekat tv aku ingat lagi diceritakan Rasulullah saw di datangi beberapa org kafir ke rumah baginda mengaku org mukmin dengan niat untuk kenakan baginda. Walaupon baginda tahu niat mereka baginda tetap mempersilakan mereka bermalam di rumah baginda. Keesokannya baginda bangun untuk solat subuh tapi baginda xkejut kafir2 tersebut sebab baginda tahu mereka bukan mukmin,x solat. bila dah matahari terbit baru Rasulullah kejut. Kemudian apa yang diowang buat ? diowang p berak pulak kat tempat baginda berehat dan solat. Astagfirullahalazim.. buruk perangai betol?

Tapi baginda seket pon xmarah, siap cuci taik mereka. Tersentuh dengan peribadi baginda kafir-kafir tersebut terus memeluk agama Islam. 


Nak diceritakan peribadi baginda Rasulullah saw yang sangat hebat. 


Memang zaman sekarang ni sesetengah orang kata cara nak ajar mereka2 yang hina agama kita kasi belasah ja. Tapi yang xbestnya cara ni how people look at us. Their impression about Islam, about us. Nabi kita ajar kita berlembut bukan berkeras. Jadi jalan terbaik selain berdoa kepada Allah orang2 ini mendapat hidayah kita serahkan kes ni kepada penguat kuasa untuk di ambil tindakan. 


Penguat kuasa pulak silalah ambil tindakan. Dah lama rasanya kes buang bangkai vavi ni kenapa kome tak ambil tindakan? nak tunggu nyawa melayang baru nak celik ka? her her her


Yang paling penting hiduplah secara harmoni di muka bumi ni. Jangan lah kita saling menghina. No more being racist kind of thing. Kamu dengan agama kamu dan aku dengan agama aku. Lets respect each other. Jadikan kisah Ng ni sebagai iktibar. Ambillah peribadi Rasulullah sebagai pedoman. Jangan pulak kita p balas dendam. Jaga akhlak masing-masing okeh!