Assalammualaikum

I am an environmentalist. Graduated from USM, currently a student of UM and a big fan of CATS.

Thursday, November 1, 2012

Tikam ibu sampai mati sebab video game?



BANGKOK: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun sanggup menikam ibunya hingga mati dan mencederakan kakaknya selepas dimarahi kerana menghabiskan banyak masa bermain permainan video, kata polis.
Insiden berlaku di kediaman keluarga berkenaan di Krungthep Kreeta, daerah Saphan Sung. Polis menemui seorang wanita yang berbaju tidur tertiarap dengan berlumuran darah. Mangsa yang berusia 50 tahun ditikam mati oleh anak lelakinya, manakala wanita berusia 29 tahun yang mengunci diri dalam bilik tidur itu adalah kakak remaja terbabit yang didapati cedera parah.

Remaja itu dikatakan menikam ibu dan kakaknya berulang kali selepas dia ditegur kerana ketagih dengan permainan video dan tidak membantu membuat kerja rumah. Menurut polis, suspek menikam ibunya empat kali di bahagian belakang tubuh mangsa sebelum menikam kakaknya yang cuba menghalang perbuatannya.


Bapa suspek yang tidak tinggal bersama ibunya berkata, remaja terbabit mengalami masalah mental dan kemurungan. Sementara itu, Pengarah Institut Rajanukul, Dr Panpimol Wipulakorn berkata, terlalu banyak bermain permainan video memberi kesan negatif terhadap kanak-kanak dan remaja.- Bangkok Post



...


Crazy people do exist and you may be one of them.
Maka dengan ini kurangkan lah bermain video game, sibukkan diri dengan aktiviti riadah. Kuar lah gi main basikal kat taman ka, main tuju guli ka, congkak lagi best! haha

Bezanya budak zaman sekarang dan dulu, ibu bapa zaman la ni suka sangat dok manja anak2. kecik2 dah pakai fon, dan main ps1,2,3,4,5 etc. beriadah tu memang tak la, lu tgk perut diowang la bro. banyak yang obes sebab makan McD ngn kfc banyak sangat. kolestrol tu beb. makan,tidoq, main video game mau x sakit mental. 



atotoo. comei aih. comei tapi xsihat watpa. iye idok?


Kalau dulu bgun pagi2 mandi, pakai bedak sejuk bertempek-tempet kat muka tunggu depan tv tgk kartun sampai pukul 4 amik basikal trus willie kat tgh padang. haha
willie la sgt kan -.-
congkak mak pula last2 tinggal congkak ja guli semua lesap p main tuju guli ngan kawan2. wee~
Yelah zaman sekarang ni kan dah xselamat. kes culik budak la,rogol, liwat. Nauzubillah! 
Tapi wa pasti masih banyak lagi game2 sihat lain y budak2 zaman skunk bleh wat. toi x?


haa. nak main game tu xpa. tapi ibu bapa kena la pantau jgn sampai anak2 dah ketagih.kalo xdapat main dia naik sawan gila dia tu hg kasik pelempang ja skali. habeh cita. dulu wa slalu kena tibai ngan hanger ngn mak wa sebab slalu mandi berjam2. wa bukan mandi wa main air ngan wa punya kakak. hihi smpai skunk wa x mandi lama2 da sebab wa nak jimat air lah bukan sebab takut sma mak wa. -.-


Kawal selia anak-anak, jangan terlalu manja atau terlalu mengikut kemahuan mereka.jgn sampai nasib anda sama ngan keluarga dari negara jiran ni. 








No comments: