Assalammualaikum

I am an environmentalist. Graduated from USM, currently a student of UM and a big fan of CATS.
Showing posts with label melestarikan hari esok. Show all posts
Showing posts with label melestarikan hari esok. Show all posts

Friday, March 15, 2013

CHINA dah semakin MELAMPAU !!!

CHINA dah semakin MELAMPAU !!!

Kenapa wa marah sgt ngan China kali ni sebab dah melampau sgt sifat TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN depa ni!!

Hangin sungguh2 aku .. agak2 lah nak meniaga pon tapi sampai nak seksa binatang bagai ni apahal.


Yup.. itu kura2.. still ALIVE !
diowang letak dalam plastik kedap udara and jual tepi jalan sebagai keychain..
Bukan baby kura2 ni ja mangsa manusia durjana ni.. ikan, cicak and other exotic animals pon jadi mangsa.
If you have religious.. agama.. adakah agama awak ajar awak seksa binatang atau makhluk tuhan yang lain itu adalah perkara yang mulia? Come to think again.. tak rasa langsung ka kesian terhadap haiwan2 ni. they're still baby. cuba kalau aku ambik anak hang lepas tu aku buh dalam plastik ceni bagi mati buang anak2 hang?






Everybody should do something to STOP this CRIME !!!
Walaupon xbyk yang kita boley tolong but PLEASE u'olls DON'T BUY THESE KEY CHAINS!!
Boikot apa2 sahaja produk yang diperbuat daripada binatang.. xkisah lah dari kulit, bulu, cengkerang atau apa2 sahaja yang diperbuat dari haiwan exotik ini!

Disebabkan undang2 di China terhadap haiwan tidak ketat jadi perkara ini sah di sisi undang2 China.
They only have wildlife law..so any animals that not considered wildlife is ok to do anything they want. even killing? come on lah China!




The colored liquid in the plastic was said containing all the nutrient the animal needs, but they can only stand for 2 months. Then what happen next?? itu nutrient ja .. habes binatang ni hidup xpakai oxygen ka?





Kadang2 bila manusia ni jadi terlalu rakus hilang terus nilai kemanusiaan dalam diri..
Bila tuhan beri kita amanah untuk mentadbir dunia.. termasuklah tanggungjawab kita terhadap makhluk2-Nya yang lain.. Jangan sesekali menjadi manusia yang tamak haloba.. Kerana wang sanggup menggadai nyawa makhluk lain dengan kejam.

Animals can't talk..so please be their voice. Speak up and share this information.. tell the whole world how cruel these people are and how bad their government is.



Yang benar,
Pencinta haiwan yang tegar!


Saturday, June 16, 2012

KENAPA PERLU BANTU PENYU ?

KEMPEN HARAMKAN PEMAKANAN TELUR PENYU

Assalamualaikum :)
HI pencinta alam sekalian ~

mungkin bagi sesetengah org tidak kisah pon tentang isu ini
tidak ambil tahu
malah tidak juga alert tentang hal ini

Kenapa Korang Kena Support ??

PENYU SEMAKIN PUPUS

yupp. kalo korang nak tahu penyu yang mendarat kat pengairan Malaysia senakin berkurang
Bukan itu saja, malah populasi penyu di seluruh dunia semakin menurun dengan mendadak
mungkin bagi korang ahh.."apa yang nak kisah pasal penyu ni"

Tapi korang jangan lupa Tuhan menciptakan setiap makhluk itu saling berhubung kait antara satu sama lain.
dalam firman Allah SWT :
"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir yang telah ditentukan." (Surah al-Qamar, ayat 49), "...dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisi-Nya dengan kadar yang tertentu." (Surah ar-Ra'ad, ayat 8).


Jadi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menghalang aktiviti manusia yang telah mengancam spesis ini


BAGAIMANA PENYU BOLEH BERKURANG??


Aktiviti manusia sebenarnya telah banyak mengancam nyawa spesis ini

1. Pembuangan Sampah-sarap kedalam Laut 
khususnya PLASTIK lihat sini PLASTIK MEMBUNUH untuk mengetahui lebih jelas


Sudahlah kita membuang sampah merata-rata kemudian mengancam nyawa haiwan lain plak tu. 
Dah double dah dosa y kita buat ~

2. Haiwan ini juga terancam apabila sering tersekat di pukat-pukat nelayan


3 Haiwan lebih terancam bila ada segelintar masyarat Malaysia bahkan dunia memilih untuk menjadikan telur penyu sebagai sajian. 



Secara keseluruhannya manusialah penyebab kepupusan haiwan exotic ini. 

APA PENTINGNYA HAIWAN INI ??

Penyu memainkan peranan penting dalam rantai makanan hidupan marin. 

PENYU pemangsa kepada --> TAPAK SULAIMAN
apabila PENYU berkurang --> Populasi TAPAK SULAIMAN meningkat dengan mendadak
TAPAK SULAIMAN pemangsa kepada --> TERUMBU KARANG
TERUMBU KARANG merupakan habitat semula jadi IKAN & UDANG
apabila TERUMBU KARANG berkurang --> Populasi IKAN&UDANG berkurang


PENYU ---> makan OBOR - OBOR 
apabila PENYU berkurang ---> Populasi OBOR-OBOR meningkat dengan mendadak
OBOR-OBOR ---> makan hidupan marin lain khususnya IKAN


maka dapat di simpulkan apabila populasi PENYU berkurang maka pada masa akan datang manusia akan mengalami kekurangan sumber protein yang penting iatu IKAN !!

BAGAIMANA KORANG NAK BANTU HAIWAN INI??

Gesaan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Terengganu agar kerajaan meminda Akta Perikanan 1985 bagi mengharamkan aktiviti menjual dan memakan telur penyu di seluruh negara seharusnya disambut baik oleh semua pihak. Ini memandangkan aktiviti berkenaan hanya akan memburukkan lagi ancaman kepupusan yang dihadapi oleh penyu. 

JADI jom kita ramai2 support WWF untuk menggesa kerajaan negeri Terengganu untuk mengharamkan pemakanan telur penyu !! 

Dengan setiap klik dapat selamatkan anak-anak penyu ini seterusnya dapat menjamin kehidupan spesis ini.

Kalau kita boleh hidup senang kenapa tidak mereka. 

Free them TODAY !!




KLIK LINK wwf-turtle-eggs UNTUK VOTE MENGHARAMKAN PEMAKANAN TELUR PENYU

Saya hanya menjalankan tugas sebagai seorang pelajar Environment Biology USM
terpulang kepada kawan-kawan untuk menjalankan tugas voting dan berkongsi fakta ini.
sama2 kita melestarikan hari esok dengan menyelamatkan haiwan ini.
kita bukanlah pegawai yang mempunyai jawatan untuk mengaktakan pengharaman ini.
tapi kita merupakan rakyat yang prihatin dan setiap vote dapat membantu haiwan ini dari ancaman kepupusan :)



**Sekumpulan penyelidik dari USA pada tahun 2006 yang mendapati bahawa telur dan daging penyu tidak selamat untuk dimakan kerana mengandungi logam berat, sebatian organoklorin dan kehadiran bakteria Escherichia coli dan Salmonella. Tabiat dan amalan memakan telur penyu boleh membahayakan kesihatan dan menyebabkan berlakunya neurotoxicity, penyakit buah pinggang, kanser hati dan memberi kesan ke atas perkembangan fetus pada kanak-kanak. Kesan-kesan lain menyebabkan cirit-birit, muntah-muntah dan penyahhidratan melampau yang kadang-kadang boleh membawa kepada kesan yang lebih buruk lagi seperti kematian. Sedangkan dalam Islam ada menegaskan bahawa hukumnya haram jika kita memakan benda-benda yang boleh memudharatkan kesihatan kita. Justeru, pilihan adalah terletak di tangan kita. Dengan menghentikan amalan memakan telur penyu, kita bukan sahaja membantu memelihara spesies penyu, tetapi juga turut dapat menghindarkan diri kita daripada amalan pemakanan yang tidak sihat.