Assalammualaikum

I am an environmentalist. Graduated from USM, currently a student of UM and a big fan of CATS.

Thursday, November 1, 2012

Tikam ibu sampai mati sebab video game?



BANGKOK: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun sanggup menikam ibunya hingga mati dan mencederakan kakaknya selepas dimarahi kerana menghabiskan banyak masa bermain permainan video, kata polis.
Insiden berlaku di kediaman keluarga berkenaan di Krungthep Kreeta, daerah Saphan Sung. Polis menemui seorang wanita yang berbaju tidur tertiarap dengan berlumuran darah. Mangsa yang berusia 50 tahun ditikam mati oleh anak lelakinya, manakala wanita berusia 29 tahun yang mengunci diri dalam bilik tidur itu adalah kakak remaja terbabit yang didapati cedera parah.

Remaja itu dikatakan menikam ibu dan kakaknya berulang kali selepas dia ditegur kerana ketagih dengan permainan video dan tidak membantu membuat kerja rumah. Menurut polis, suspek menikam ibunya empat kali di bahagian belakang tubuh mangsa sebelum menikam kakaknya yang cuba menghalang perbuatannya.


Bapa suspek yang tidak tinggal bersama ibunya berkata, remaja terbabit mengalami masalah mental dan kemurungan. Sementara itu, Pengarah Institut Rajanukul, Dr Panpimol Wipulakorn berkata, terlalu banyak bermain permainan video memberi kesan negatif terhadap kanak-kanak dan remaja.- Bangkok Post



...


Crazy people do exist and you may be one of them.
Maka dengan ini kurangkan lah bermain video game, sibukkan diri dengan aktiviti riadah. Kuar lah gi main basikal kat taman ka, main tuju guli ka, congkak lagi best! haha

Bezanya budak zaman sekarang dan dulu, ibu bapa zaman la ni suka sangat dok manja anak2. kecik2 dah pakai fon, dan main ps1,2,3,4,5 etc. beriadah tu memang tak la, lu tgk perut diowang la bro. banyak yang obes sebab makan McD ngn kfc banyak sangat. kolestrol tu beb. makan,tidoq, main video game mau x sakit mental. 



atotoo. comei aih. comei tapi xsihat watpa. iye idok?


Kalau dulu bgun pagi2 mandi, pakai bedak sejuk bertempek-tempet kat muka tunggu depan tv tgk kartun sampai pukul 4 amik basikal trus willie kat tgh padang. haha
willie la sgt kan -.-
congkak mak pula last2 tinggal congkak ja guli semua lesap p main tuju guli ngan kawan2. wee~
Yelah zaman sekarang ni kan dah xselamat. kes culik budak la,rogol, liwat. Nauzubillah! 
Tapi wa pasti masih banyak lagi game2 sihat lain y budak2 zaman skunk bleh wat. toi x?


haa. nak main game tu xpa. tapi ibu bapa kena la pantau jgn sampai anak2 dah ketagih.kalo xdapat main dia naik sawan gila dia tu hg kasik pelempang ja skali. habeh cita. dulu wa slalu kena tibai ngan hanger ngn mak wa sebab slalu mandi berjam2. wa bukan mandi wa main air ngan wa punya kakak. hihi smpai skunk wa x mandi lama2 da sebab wa nak jimat air lah bukan sebab takut sma mak wa. -.-


Kawal selia anak-anak, jangan terlalu manja atau terlalu mengikut kemahuan mereka.jgn sampai nasib anda sama ngan keluarga dari negara jiran ni. 








BRA utk lelaki! lelong! lelong!

Hampa yang berminat dengan enty ni mesti lelaki kan? hehe

Apa kejadahnya lelaki pakai bra ni? pelik ? Tapi kalo wa kata Jepun yang mereka benda alah ni mesti hampa xrasa pelik dah kan. 

yang six pack ka one pack ka semua bleh try. mai mai mai .. lelong2. 2 singgit! 2 singgit!


pilih ja nak bentuk/warna apa.
macam2 hado~






leper je wa tgk -.-

tapi wa rasa di kalangan lelaki kat malaysia, benda alah ni dah menjadi kebiasaan.
eh lu org xpenah try ka?

ahad lepas wa kluaq ngan mak wa p shopping then kami singgah la mcd.
dengan berbekalkan rm15 dari mak wa, wa pon beratur kat kaunter.
pastu datang la dua org kakak kat blakang wa.. depa dok pok pek pok pek~
wa pon pasang tlinga..

kakak1 : ''eh aku xtaw la nak makan apa."
kakak2:  "alah apa kata hg try burger baru tu, apa dia? karate? teakwando? alah iklan dia ada org Jepun bawak pedang minx burger tuuu..."
kakak1: "taekwando apa plak hg ni? tgk nuhh , samurai la. ishh elok la nampak sedap jugak noh"
kakak2: "hg tengok ka iklan dia, laki tu hensem nohh''
kakak1: ''amboih hg..anak ikan hg xckop lagi ka?''

wa pon trus kaleh muka wa blkang. OH POCOTTT.. hantu pocong dua ekoq dok beratuq blkang wa.
dalam hati wa " amboihh abang, mekap brapa inci? btw lawa tali bra. seksi gittew. i loikee u. "

So xheran la kalau produk Jepun ni laris jika di jual kat Malaysia.
permintaan dari abg-abg pocong pasti melambung!

so sapa yang berminat nak try boleh la try.

[Testimoni Pengguna]



MrX : i'm sexay n i know it ! 


wakakaka XD


Thank you for reading this entry !





Wednesday, October 31, 2012

Cinta Beghuk Makye'



[Petikan Metro]

Key-el : Cinta beghuk makye' semakin menjadi-jadi di kalangan rakyat Malaysia. Gara-gara shuke giler vavi bila dijanji untuk dijadikan isteri, seorang wanita kerugian RM 40,000 selepas terkena WAKENABEB oleh teman lelaki yang baru sebulan dikenalinya. Mangsa, berumur 29 tahun berkenalan dengan teman-lelaki-la-sangat itu pada akhir bulan Julai. Sepanjang bulan Ogos hingga September mangsa telah membuat 5 pinjaman peribadi daripada bank serta AhLong berlesen untuk mendapatkan fulus untuk diserahkan kepada si beghuk. Oppss.. 

Mangsa yang bijak-pandai-bebenor-lah juga turut menyerahkan sebuah motosikal kepada tema-lelaki-la-sangat itu. Mangsa yang bekerja di syarikat swasta telah membuat laporan polis setelah mendapati diri nya ditipu hidup-hidup. katanya ' selepas dia dapat duit i uolls, dia lesap xnampak batang hidung. rm 40 ribu taw i rugi. xshuke leww! ' Mangsa membuat laporan polis Jumaat lalu di Balai Polis Ampang Jaya.



...


Penah satu ketika negara digemparkan dengan berita cinta beghuk antara rakyat tempatan dengan abang macho kulit gelap yang kebanyakan nya beghuk-beghuk yang tidak boleh dipercayai yang telah menjadikan gadis-gadis serta mak-mak gadis tempat untuk melepaskan nafsu dan juga sumber kewangan atau senang kata ATM peribadi. Walau banyak mana sekalipon berita-berita ini disebarkan di dada-dada akhbar dan kaca tv nampaknya masih ramai wanita kita yang masih belom amik pengajaran. 


Bercinta la nak bercinta pon. Tapi jgn lah pilih spesis beghuk. Depa layak dok dalam ZOO ja. 



Thank you for reading this entry !

Quarter Pounder dan pencemaran !


Pernah tak hampa rasa dan berazam yang hampa nak jaga persekitaran dan menghalang bumi ni dari pencemaran ?
waktu time sekolah especially bila cikgu yang tengah megajar kata 'jangan buang sampah merata-rata ye anak murid' terus dalam hati tersemat azam nak jaga persekitaran.
Dari aku kecik ni lah azam aku. haha

Apa kena mengena lembu dengan pencemaran?
Lembu ni xbersalah sebenarnya, yang bersalah tu najis dia.
hampa tawu kan bila lembu poo poo, najis dia org kadang2 suka baw.

sampai kadang2 ketagih baw poo po lembu.
Apa y siok nya..wangi sangat ka poo poo lembu ni?

Gas 'wangi' yang dihasilkan poo poo lembu ni namanya Methane atau Metana dalam bahasa melayu.
Methane yang tehasil akan terkumpul dalam atmosphere dan keja si methane ni dia trap heat/perangkap haba cahaya matahari 23 ganda lebih hebat dari carbon dioxide.



Maka semakin banyak kita makan ni :




dan semakin bertambah permintaan..

++ +
Maka, semakin banyak lembu di ternak


+


+

+



=

methane -->
+


Semakin sakitlah BUMI KITA.

Bumi pon menjadi semakin panas,
Sungai mengalir deras menjadi kering kontang,
Gajah dan harimau mati kehausan,
Hutan yang rimbun mati kekeringan.
Tsunami, taufan, el nino menjadi kebiasaan
Sebab bumi semakin parah
Pencemaran yang tak dapat dibendung
Kerana manusia tamak mengejar kehendak nafsu.



P/s : Pilih lah ayam berbanding daging. anda mampu menyelamatkan planet kita :D
Mc Chicken kan hadoo~


Thank you for reading this entry 

Tuesday, October 30, 2012

Lelaki Cina Saman Bini Sebab Bini BURUK!

Pelik tak pelik ini lah yang berlaku kat China. Seorang lelaki cina bernama Feng menceraikan bininya setelah melahirkan seorang anak perempuan mereka yang pertama.

Jian Feng tergejut beruk bila tgk anak perempuan mereka itu sgt xcomei atau bahasa kasaq 'buruk bebenor'
Kata nya "aku cukup punya hensem, bini aku lawa nak mampuih..aik dapat anak buruk gilo nie pasai pa?''
Lalu Feng menuduh isteri nya curang dan melahirkan anak lelaki lain.

ish..ishh..ishhh...

Maka, si isteri Feng ni pon tampil diri memberi kenyataan bahawa dia telah melakukan pembedahan plastik bernilai $100,000 sebelum menikahi lelaki tersebut.

Feng yang terasa tertipu lalu menyaman si isteri menipu untuk menikahi nya dan menuntut cerai.
Mahkamah pon bersetuju dan memenangkan si Feng ni dan mendapat $120,000.




gambar : kanan adalah rupa si isteri selepas plastik surgery. kiri gambar sebelom.

beza gilo kan? kalo den pon tegezut -.-


...



Lelaki yang mencintai kita kerana rupa bukanlah lelaki yang baik.
kerana rupa yang cantik akhirnya akan pudar juga kecantikan nya..
Kecantikan yang pudar akan turut pudar bersama cinta si lelaki tersebut.
Kecantikan itu adalah pinjaman dari Tuhan. Bila-bila masa Dia boleh tarik balik nikmat yang sementara itu.

Tapi bukan salah si suami 100%. isteri tu pon habaq la kat suami mu awai2 kang tak pasai2 kena cerai.

P/s : Agaknya apa la nasib si anak tu bila dah besar dan apa yang dia rasa bila dapat taw yang bapa dia ceraikan ibu dia sebab dia hodoh. Kesiannya ~


Rasa-rasa hampa la patut ka xpatut tindakan si Feng ni??



Thank you for reading this entry!

Wednesday, October 24, 2012

today's hijab + selamat hari raya !

assalammualaikum


hye uolls.
since few sem ni bila dah start jadi senior my life become so lame n pale.
no more green skinny and red tshirt
what i wore to class was baju pimpin siswa that i get for free time first i enter USM. haha


so i just felt like i need to be me. the old me. put some more colors and mix n match with what eva there are in my closet. haiya the problem is i don't know where all my HARTA gone. ni sahih adek aku yang rembat ni =..=


*its just an excuse to have some shopping*
wink~wink


since tomorrow all the classes are cancelled, maybe i should go and top up my collection (y sgt seket tu)
 dengan my girlfriends merangkap my twinnsss .



okay its just me -.-


apa2 pon.. selamat hari raya aidiladha to u uolls
don't drink and drive ! bahayaaaa...
kalau mengantok stop R&R n drinks lah hot coffee . not fresh orange nanti sakit perut jenuh !
to kawan2 y balik dengan bas..semoga selamat sampai ke kampung halaman :D



thank you for reading this entry !

Tuesday, October 9, 2012

diari en.Omey ^^,

assalammualaikum.

semalam since ada masa lapang aku pon amik keputusan balik rumah.
cuma kat rumah ja aku rasa boleh bersosial.
dengan niat nak menjenguk kucing comot aku ni.


bukak2 ja pintu lif rumah jalan seket dah tersembul muka si comot ni.
selepas bertegur sapa apa semua ..kata nya tgh berehat.
so xnak la kacau dia.


masuk rumah gado2 ngan adek manja2 ngn mak abah then rasa nak kaco plak si comot sekoq ni.
aku pon kluaq la rumah.
tergejut chipanzee aku nampak kucing jahat datang nak berperang.
namun dua2 ekoq tgh mengadakan mesyuarat agong di depan rumah, maka aku pon hanya mengusha dari tepi pintu.



nampak x dua titik cahaya tu..? tu bukan hantu tu mata kucing jahat tu.
then i decided.ok that's it.somebody has to get inside.
so aku pon halau kucing jahat tu and bawak masuk kucing aku inside.
bila tgh halau diowang nak attack each other dah. aku trus menjerit n both of them lari.
see. how woman voice is sgt menakutkan. hehe



see hows my cat buat breakdance. haha (18SX nampak anu dia-.-)




ohh comot sungguh budak ni. ngantok so tido ngan si senyum atas sofa.


.
kissing en polar bear good nite. sleep together nicely.


then tido dengan buas tolak en polar n cik senyum jatuh sofa -.-




xsampai sejam tidoq then bangun kacau org tgh main ngn Eiffel Tower. bad cat! bad cat!


so kena kick out duduk kat luaq.


bila aku masuk tidoq ja rasa xsedap hati nak tinggai si omey ni kat luaq.
but then,melalak jugak aku tidoq sampai telupa omey kat luar.

after a while riuh kat luar umah.
rupanya perang tergendala tadi dah bertambah teruk.
dua2 tgh bergomoi aku pon bawak penyapu dgn mamai2 ni pukul kucing jahat tu.
tu pon dia xmo lepas kucing aku.
bila dia dah kena ketuk dua tiga kali baru dia lari.
but then kucing aku telah cedera parah.
kaki dia brdarah sebab kena geget.


kucing jantan memang mcm ni.
they always fight utk jadi ketua kat kawasan depa.
sebab kan kucing aku ni jantan so kadang2 bergado tu xpa la kot.
kang jadi aww lak.


taruh ubat gamat dodoi2 dia then kami dua2 tidoq sampai la kepagi......


p/s : i dedicated this story to my sister,sarah. hope terubat la rindu di hati tu.. :)


thank you for reading this entry !

Monday, October 8, 2012

Split Personality Disorder

A split personality is when a person can be two different personalities at one time. On occasion they can appear nice, helpful, a good friend or even a good lover and without warning they could become selfish, arrogant and cruel. They flip back and forth between the two personalities.

Read more: http://wiki.answers.com/Q/What_is_split_personality#ixzz28gYrbupY



pernah tak hampa rasa diri seolah2 mempunyai dua karakter?
sat manja sat garang.
sat happy-go-lucky sat pendiam
itu namanya emosi der, xkan nak kenyeh (senyum) 24 jam. time kucing mati pon nak gelak susah la. melainkan kucing mati tu lawak. ohh u so mean !


sesetgh org bila kat depan kita alahai baik sungguh kalo boleh puji dia puji dari tgh naik bas dari kelas hingga kita sampai kat bilik pon xhabes lagi.
bila kat blkang dia kutuk gilo2 xsanggup den nak mendengor bior x dengor pon xpo la haih (cam pelik ja bunyi)
ini nama nya bermuka2 la der.









jgn bermuka2 ya kawan2 nanti org akan meluat ngn kita
no kutuk2 gossip xpa ya. ahaks 


bila u actually a guy then u feels like a girl.
hampa pinjam baju kebaya mak hampa time dia menang pertandingan ratu kebaya dulu nuh
n pakai kluaq umah siap mekap 5inci tebal kalah high heels aku !
ini bukan split personality disorder..ini jiwa kacau der


what exactly a split personality disorder?

split personality disorder happen bila..

1. someone tu hilang ingatan. opkos la. bila hilang ingatan dia akan lupa macam mana diri y dulu. ada one of my friend ni kami dah dekat 2tahun lost contact. then tetiba he texts me. then he claim that he remember me as his kawan baik. eh dah lama lost contact dah der. now maybe dia da remember balik the past now we lost contact balik T.T


2. someone y rasa diri dia bukan diri dia n dia tak boleh control diri dia. dia rasa dia ada kat luar badan dia, tgh tengok perkara2 y jadi kat diri dia tapi dia xmampu nak control. pening sket. pendek kata split personality disorder ni mmg btoi2 wujud.


P/s : just be yourself is the best way to live :D


thank you for reading this entry !




Saturday, October 6, 2012

teknik photography : BOKEH y sexayy

'Bokeh' adalah teknik photography y diambil pada waktu malam dan cahaya lampu sebagai background.
tapi lampu2 tu nampak macam xclear and blink2. xtaw nak explain -.-

i took this picture last night dekat tingkap bilik asrama.
background dia adalah lampu2 jalan di sekitar kawasan kampus USM which about 1km away.

since i don't have any model, so epal y aku dapat time taklimat fyp terpaksa volunteer kan diri. haha.

petama sekali, the subject y nak di fokus kena berjarak seket dari source of light.
from 100 m to beberapa kilometer pon xpa asalkan we can still see the light.

After that, fokus your lens dekat subjek and give some space for the light.


 THEN, you will get something like this :)



i loveee how the lights appeared. epal tu nampak sexay gitteww. aww~

now korang bley try plak :)

p/s : 'bokeh' is pronounce as bokey bukan bokeh ejaan melayu.



Thank you for reading this entry !

Tips: cara elak sembelit

assalammualaikum ladies and gentlemen.

hampa y baca entry kami ni ada masalah sembelit ka?
tuh? sama la ngan kami pon.. keh3
bab susah berak tu mmg diwarisi aku sejak zaman sekolah ag.
ceq pon tataw awat mami oii...

bila tya kawan2 kalo sembelit nak makan apa bg perjalanan sisa makanan ku selamat sampai ke lubang jamban?
macam2 la jawapan y depa habaq.
makan pisang,betik bla bla bla..

sebabkan masalah sembelit ni membuat kan perut aku membucit slama beberapa hari kalah ibu mengandung.
depa mgandung anak aku mgandung teik -.-
penah sampai xtahan dah aku p beli pil sembelit kat pharmacy.
sepapan rm5. TAPI effect dia ya ampunnnn....
sebelom  melepaih tu perut mengulas tahap gila vavi. vavi gila pon xsakit cam ni.
so nak makan pil tu pon jadi takut. n usus y telah adapt dengan pil tu n trus bergantung harap ngan pil.
then i decided utk STOP!

aku stat makan pisang sampai aku turn into gorilla!! ini seriousss!
doktor2 malah bomoh serta dukun tak dapat membantu memulihkan aku menjadi puteri gunung ledang semula. (aiseh. tetiba ja. metafora bebenor)
sampai la one day tgh jejalan kat tesco then i found this. ahhaaa...



maka aku pon mendapat conclusion utk experiment aku ni :

an apple a day keeps a doctor away
a sunsweet a day keeps your tahi away!

HAHA

p/s : its really work! :P


Thanks for reading my entry!

Monday, October 1, 2012

RM 5000 contest !

Practicing car pooling are a good example of saving.
Public transportation have changed human life become more convenience than  before.
even with car pooling people have to spent more money for their parking fee. 
BUT yet these kind of transportation pollute the environment.

Malaysia's Rapid public transportation has a better way of saving the atmosphere; 
by builds a train that give no smoke and eco-friendly.
MRT 





so they are in a process of finding a great slogan for this malaysian-lover-to-be 
and the prize is RM 5,000 !!
better close your mouth. this is no joke man !

How to participate?

1# just go to this link here http://sy.my/3lr5 
2# upload a picture and create a good caption 'i need MRT because..'

Simple doesn't it ? 

....


this is the picture i uploaded with caption : 
i need MRT because less pollution is the best solution

don't you think so? :D

do vote for me here :




thank you for reading my entry !

Thursday, September 27, 2012

rule#1 for photography : check the level of horizon

halo . today i'm gonna share about my latest hobby.

whats make a photograph look nicer? yup editing !

that is what i'm gonna show you the magic of editing . tadaa~

im gonna show you what magic that an editing can caused. here we go~


this photo was taken by one of my friend. we went on field trip at balik pulau (penang) and stop by at a kampung to look around. the problem with this photo is that the horizon(kaki langit) was at the center. 

when i was in form 3 i remembered that my art teacher used to said that when you want to paint a portrait of  a scenery the horizon should be upper/lower but not in the middle. if not the portrait do not look alive. nmpk mcm mati gittew~

the same principle used while taking photograph.
i've edited this photo. i cut out large part of  the bare road, sharpen the photo and put some words thus,
 this how it looks like. 


people often say that they are bad in taking pictures/photograph. what they actually not realized that by editing.. a photograph can looks like a real world.

may this post useful to those beginner photographer like me :)

Thank you for reading my entry !

Monday, September 24, 2012

poops and me. oh life ~

here i am back in USM. busy pretending rajin belajo. sedangkan hampeh setiap malam layan aneme. oh so budak2. indeed i am ! im still budak2 so next year raya makcik pakcik dun forget my duit raya. i know you never let me down you olls just the best!! duit raya next year up la seket eh eh eh..#sambil buat muka mintak penampar


i am officially a third year student. why am i feeling so old? -.-


i have received my final year project's (fyp) title today.. it's about palynology of mangrove plants bla bla bla.. it is a bio-thing that people never know or care about. ya ya ya~

since my family had adopted a cat which actually a small-cute-kitten but tetiba have changed into a fat-grown-up cat which really likes to tidoq,tidoq,tidoq,makan,buang air n tidoq balik..my mom had became a busy 'grandmother' (since my sis claim that si omey is her son -.- ) peliks kan? busy feeding si kucing makan playing with him then dodoi dia tidor and siap nyanyi2 lagi.. maybe my sis should kawen awai2 n deliver baby cepat2 so my mom would stop treating our cat like her grandson. -.-

cats are one of the smartest animals on earth coz my cat only pooping in his bekas tandas which we put some pasir so he can korek2 and poop there dgn bahagianya tanpa ada org ganggu and he never ever went around the house or neighborhood pooping around and pissed people off. yupp my cat is so-cute-and-baekkk ! just like me. tehee. *senyum nampak gigi 

even when every time i balik rumah this would happened..






i still sayang my mom and my little brat cat. grrr.. kadang-kadang i even pukul bontot dia sebab G E R A M. -.-'

cats are cute. keep on loving them and never ever afraid to adopt one. 

#p/s - their poops are non-poisonous and no one ever died because of it. believe me ~


thanks for reading my entry !

Saturday, June 16, 2012

KENAPA PERLU BANTU PENYU ?

KEMPEN HARAMKAN PEMAKANAN TELUR PENYU

Assalamualaikum :)
HI pencinta alam sekalian ~

mungkin bagi sesetengah org tidak kisah pon tentang isu ini
tidak ambil tahu
malah tidak juga alert tentang hal ini

Kenapa Korang Kena Support ??

PENYU SEMAKIN PUPUS

yupp. kalo korang nak tahu penyu yang mendarat kat pengairan Malaysia senakin berkurang
Bukan itu saja, malah populasi penyu di seluruh dunia semakin menurun dengan mendadak
mungkin bagi korang ahh.."apa yang nak kisah pasal penyu ni"

Tapi korang jangan lupa Tuhan menciptakan setiap makhluk itu saling berhubung kait antara satu sama lain.
dalam firman Allah SWT :
"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir yang telah ditentukan." (Surah al-Qamar, ayat 49), "...dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisi-Nya dengan kadar yang tertentu." (Surah ar-Ra'ad, ayat 8).


Jadi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menghalang aktiviti manusia yang telah mengancam spesis ini


BAGAIMANA PENYU BOLEH BERKURANG??


Aktiviti manusia sebenarnya telah banyak mengancam nyawa spesis ini

1. Pembuangan Sampah-sarap kedalam Laut 
khususnya PLASTIK lihat sini PLASTIK MEMBUNUH untuk mengetahui lebih jelas


Sudahlah kita membuang sampah merata-rata kemudian mengancam nyawa haiwan lain plak tu. 
Dah double dah dosa y kita buat ~

2. Haiwan ini juga terancam apabila sering tersekat di pukat-pukat nelayan


3 Haiwan lebih terancam bila ada segelintar masyarat Malaysia bahkan dunia memilih untuk menjadikan telur penyu sebagai sajian. 



Secara keseluruhannya manusialah penyebab kepupusan haiwan exotic ini. 

APA PENTINGNYA HAIWAN INI ??

Penyu memainkan peranan penting dalam rantai makanan hidupan marin. 

PENYU pemangsa kepada --> TAPAK SULAIMAN
apabila PENYU berkurang --> Populasi TAPAK SULAIMAN meningkat dengan mendadak
TAPAK SULAIMAN pemangsa kepada --> TERUMBU KARANG
TERUMBU KARANG merupakan habitat semula jadi IKAN & UDANG
apabila TERUMBU KARANG berkurang --> Populasi IKAN&UDANG berkurang


PENYU ---> makan OBOR - OBOR 
apabila PENYU berkurang ---> Populasi OBOR-OBOR meningkat dengan mendadak
OBOR-OBOR ---> makan hidupan marin lain khususnya IKAN


maka dapat di simpulkan apabila populasi PENYU berkurang maka pada masa akan datang manusia akan mengalami kekurangan sumber protein yang penting iatu IKAN !!

BAGAIMANA KORANG NAK BANTU HAIWAN INI??

Gesaan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Terengganu agar kerajaan meminda Akta Perikanan 1985 bagi mengharamkan aktiviti menjual dan memakan telur penyu di seluruh negara seharusnya disambut baik oleh semua pihak. Ini memandangkan aktiviti berkenaan hanya akan memburukkan lagi ancaman kepupusan yang dihadapi oleh penyu. 

JADI jom kita ramai2 support WWF untuk menggesa kerajaan negeri Terengganu untuk mengharamkan pemakanan telur penyu !! 

Dengan setiap klik dapat selamatkan anak-anak penyu ini seterusnya dapat menjamin kehidupan spesis ini.

Kalau kita boleh hidup senang kenapa tidak mereka. 

Free them TODAY !!




KLIK LINK wwf-turtle-eggs UNTUK VOTE MENGHARAMKAN PEMAKANAN TELUR PENYU

Saya hanya menjalankan tugas sebagai seorang pelajar Environment Biology USM
terpulang kepada kawan-kawan untuk menjalankan tugas voting dan berkongsi fakta ini.
sama2 kita melestarikan hari esok dengan menyelamatkan haiwan ini.
kita bukanlah pegawai yang mempunyai jawatan untuk mengaktakan pengharaman ini.
tapi kita merupakan rakyat yang prihatin dan setiap vote dapat membantu haiwan ini dari ancaman kepupusan :)



**Sekumpulan penyelidik dari USA pada tahun 2006 yang mendapati bahawa telur dan daging penyu tidak selamat untuk dimakan kerana mengandungi logam berat, sebatian organoklorin dan kehadiran bakteria Escherichia coli dan Salmonella. Tabiat dan amalan memakan telur penyu boleh membahayakan kesihatan dan menyebabkan berlakunya neurotoxicity, penyakit buah pinggang, kanser hati dan memberi kesan ke atas perkembangan fetus pada kanak-kanak. Kesan-kesan lain menyebabkan cirit-birit, muntah-muntah dan penyahhidratan melampau yang kadang-kadang boleh membawa kepada kesan yang lebih buruk lagi seperti kematian. Sedangkan dalam Islam ada menegaskan bahawa hukumnya haram jika kita memakan benda-benda yang boleh memudharatkan kesihatan kita. Justeru, pilihan adalah terletak di tangan kita. Dengan menghentikan amalan memakan telur penyu, kita bukan sahaja membantu memelihara spesies penyu, tetapi juga turut dapat menghindarkan diri kita daripada amalan pemakanan yang tidak sihat.