Assalammualaikum

I am an environmentalist. Graduated from USM, currently a student of UM and a big fan of CATS.

Friday, July 19, 2013

Remaja diculik dan dibogelkan kerana menghina agama Islam?

Assalammualaikum.

Salam Ramadhan.


Aku tak pasti bila kes ni terjadi. Ng Mun Tat seorang remaja cina telah diculik oleh 8 orang  lelaki di hadapan restoran dekat Taman Sri Muda, Shah Alam ketika tgh makan dgn awek dia pukul 3pagi. Mangsa yang berumur 21 tahun ni bekerja sbgai penjaga cyber cafe. Mangsa diculik tapi aweknya dilepaskan.


Yang peliknya segala harta benda termasuk dompet, rantai emas dan telefon bimbit dia semua diserahkan kepada awek dia. Aik, selalunya orang diculik sebab si penculik nak duit kan? Tapi ni kes lain.
Lelaki cina ni kemudian di bawa ke sebuah estet sebelom pakaian nya di lucutkan.
Ter***jang bulat dia. Haa censored takut terbatal puasa den.

Penculik kemudian tontiang2 badan dia tulis :


Haa.. betul ka dia hina agama Islam? hm..

Ng cerita dekat polis si penculik selepas bawak dia ke estet and tontiang2 badan dia di suruh pulak dia hidu gam.  hidu gam sampai laloq. aduhai~
Dengan penculik sekali laloq malam tu. Bila dah pagi baru Ng ni berjaya melarikan diri bila penculik2 tersebut masih dok laloq. 



Persoalan nya betol ka dia hina agama Islam? dan apa motif dia diculik?

Ng akhirnya mengaku yang dia sebenarnya pernah melemparkan bangkai babi depan rumah dan surau orang Islam suatu hari dulu.
Dia jugak mengaku pernah : "MENGHINA ORANG MELAYU DAN ISLAM DI LAMAN SOSIAL SEPERTI FACEBOOK DAN TWITTER"


Kalau dah mengaku sendiri tu betol la kiranya.

Mungkin sebab tulah dia diculik~

...


Personally aku rasa perbuatan mamat cina ni memang la xbetol. Menghina agama orang lain tu memang tak patut di lakukan. Tak baik taw!

Yes, i know it's really hurt when our religious is insult in that way. Tapi kita kena tahu yang Nabi Muhammad saw tak pernah ajar kita jadi samseng camgini.  Ingat kisah Rasulullah yang selalu dihina diherdik dibaling batu oleh penduduk Taif ketika baginda berdakwah. Masyaallah hebatnya peribadi baginda, bila ditanya malaikat pada baginda untuk menghapuskan penduduk Taif ni baginda kata jangan malah baginda berdoa  agar generasi Taif seterusnya akan berimah kepada Allah SWT dan Rasulnya.

Lagi satu kisah disampaikan Imam muda Asyraf dekat tv aku ingat lagi diceritakan Rasulullah saw di datangi beberapa org kafir ke rumah baginda mengaku org mukmin dengan niat untuk kenakan baginda. Walaupon baginda tahu niat mereka baginda tetap mempersilakan mereka bermalam di rumah baginda. Keesokannya baginda bangun untuk solat subuh tapi baginda xkejut kafir2 tersebut sebab baginda tahu mereka bukan mukmin,x solat. bila dah matahari terbit baru Rasulullah kejut. Kemudian apa yang diowang buat ? diowang p berak pulak kat tempat baginda berehat dan solat. Astagfirullahalazim.. buruk perangai betol?

Tapi baginda seket pon xmarah, siap cuci taik mereka. Tersentuh dengan peribadi baginda kafir-kafir tersebut terus memeluk agama Islam. 


Nak diceritakan peribadi baginda Rasulullah saw yang sangat hebat. 


Memang zaman sekarang ni sesetengah orang kata cara nak ajar mereka2 yang hina agama kita kasi belasah ja. Tapi yang xbestnya cara ni how people look at us. Their impression about Islam, about us. Nabi kita ajar kita berlembut bukan berkeras. Jadi jalan terbaik selain berdoa kepada Allah orang2 ini mendapat hidayah kita serahkan kes ni kepada penguat kuasa untuk di ambil tindakan. 


Penguat kuasa pulak silalah ambil tindakan. Dah lama rasanya kes buang bangkai vavi ni kenapa kome tak ambil tindakan? nak tunggu nyawa melayang baru nak celik ka? her her her


Yang paling penting hiduplah secara harmoni di muka bumi ni. Jangan lah kita saling menghina. No more being racist kind of thing. Kamu dengan agama kamu dan aku dengan agama aku. Lets respect each other. Jadikan kisah Ng ni sebagai iktibar. Ambillah peribadi Rasulullah sebagai pedoman. Jangan pulak kita p balas dendam. Jaga akhlak masing-masing okeh!



1 comment:

Anonymous said...

betoi tu...biaq jer depa hina agama kita di tanahair kita sendiri..apalah sangat pun. betui x upin? betui..betui..betui